Tuesday, 6 February 2018

DISEDIAKAN OLEH

                                                                                                                                                             

DISEDIAKAN OLEH: (DARI KIRI ) MOHAMAD THAQIF AIMAN BIN
                                                              AHMAD RIDZUAN
                                                              (16DPM17F1059)
                                                              HAZMIZAL HAIRI ARMI BIN HAZLI
                                                             ( 16DPM17F1078)
                                                              NOOR MOHD SHAH BANDAR BIN
                                                              NOOR SITION
                                                              (16DPM17F1079)
NAMA PENSYARAH:NURUL ASMA BINTI EFFENDI
                                      DUA 2022 ( PENGURUSAN ISLAM )

Monday, 5 February 2018

PENGENALAN

MAKSUD PENGURUSAN 

Pengurusan merupakan satu proses sosial selari dengan perkembangan manusia dan komuniti di sekelilingnya.Pengurusan di kaitkan dari pengurusan sebuah keluarga, komuniti atau organisasi hinggalah kepada pengurusan sesebuah negara.


MESYUARAT

Mesyuarat ialah sebentuk komunikasi formal yang dilakukan dalam sesuatu pertubuhan yang bertujuan untuk membuat sesuatu keputusan atau menyelesaikan sebarang masalah berbangkit. Mesyuarat yang sah harus dihadiri dengan sebilangan ahli pertubuhan berkenaan seperti mana diperuntukan dalam tataurusan persatuannya yang berkenaan. Mesyuarat yang gagal mencapai kehadiran ahlinya sebagaimana ditentukan oleh tataurusan persatuan, dianggap tidak sah dan sebarang keputusan yang dicapai tidak boleh dianggap sebagai keputusan yang mewakili pertubuhan berkenaan.

Sunday, 4 February 2018

ISI KANDUNGAN

TUJUAN MESYUARAT 


  • Penyampaian dan pertukaran maklumat.
  • Kerjasam,penyelarasan dan komunikasi.
  • Penyelesaian konflik.
  • Halacara dan penrancangan masa depan.
  • Memperbaiki prestasi kerja semasa.
  • Latihan dan pembangunan.

MESYUARAT BERKUALITI

  • OBJEKTIF JELAS.
  • MEMPUNYAI AGENDA.
  • PEMILIHAN AHLI.
  • SURAT JEMPUTAN AWAL.
  • MEMPASTIKAN PERSEDIAAN.
           i)Bahan Rujukan.
           ii)Kemudahan Fizikal
  • MENETUKAN KEHADIRAN.
  • KEBERKESANAN PESERTA.
           i)Pengurusi.
           ii)Setiausaha.
           iii)Ahli.
  • PERBINCANGAN POSITIF
  • MENCAPAI OBJEKTIF

Saturday, 3 February 2018

KOMPONEN UTAMA MESYUARAT

KANDUNGAN

  • maklumat , pengetahuan , pengalaman , pendapat , idea , sikap & harapan ahli.

INTERAKSI
  • cara perserta memproses kandungan mensyuarat , termasuk kerjasama , mendengar, meluahkan perasaan , melibatkan diri , mempercayai dan seterusnya.
STRUKTUR

  • cara maklumat dan perserta diurus untuk mencapai matlmat objektif.

Friday, 2 February 2018

PERBEZAAN ANTARA SYURA DAN MESYUARAT/DEMOKRASI


Sebagian orang menganggap bahwa demokrasi adalah wujud praktik Sistem Syura dalam Islam. Ini adalah anggapan yang salah,perbezaan antara keduanya bagaikan timur dan barat. Di antara perbezaannya adalah:

  • Sistem Syura berasal dari Allah dan selalu berlandaskan di atas syariat sedangkan Sistem Demokrasi Kepartian berlandaskansokongan majoriti walaupun juga disokong oleh orang-orang fasiq bahkan kafir
  • Sistem Syura dilakukan pada perkara yang belum jelas ketentuannya dalam syariat, dan jika ada ketentuan syariat maka itulah yangditetapkan. Adapun dalam Sistem Demokrasi Kepartian perkara yang sudah jelas dalam syariat pun dapat diubah jika suara majoritinyamenghendakinya berbuat demikian, sehingga dapat menghalalkan yang haram dan sebaliknya
  • Anggota Majelis Syura adalah kebanyakannya adalah para ulama dan yang memiliki sifat-sifat tertentu. Sedang Anggota DewanParlimen / Negeri dalam Sistem Demokrasi Kepartian tidak ada cirri-ciri berkenaan. Ada yang berilmu agama, ada yang jahil, ada yangbijak ada yang tidak, ada yang menginginkan kebaikan rakyat, dan ada yang mementingkan diri sendiri, mereka inilah yang menentukansemua perancangan samaada dalam sudut agama atau pun dunia.
  • Dalam Sistem Syura, kebenaran tidak ditentukan dengan majoriti tapi dengan kesesuaian terhadap sumber hukum syariat. Sedangkandalam Sistem Demokrasi Kepartian, kebenaran adalah suara majoriti walaupun menentang syariat Allah yang jelas.
  • Sistem Syura adalah salah satu ciri-ciri keimanan, karena dengan Sisitem Syura kita mengamalkan ajaran Islam. Sedangkan SistemDemokrasi Kepartian adalah wujud kekufuran kepada Allah, karena jika majoriti memutuskan perkara kekufuran maka itulah keputusanyang perlu diikuti dan dituruti semua.
  • Sistem Syura menghargai para ulama, sedangkan Sistem Demokrasi Kepartian menghargai orang-orang kafir.
  • Sistem Syura membezakan antara orang yang shalih dan yang jahat, sedangkan demokrasi menyamakan antara keduanya.
  • Sistem Syura bukan merupakan kewajiban di setiap masa, bahkan hukumnya berbeza bersesuaian dengan keadaan. SebaliknyaSistem Demokrasi Kepartian merupakan sesuatu yang diwajibkan oleh Barat kepada pengamalnya dengan kewajipan yang melebihikewajipan shalat lima waktu dan tidak mungkin keluar darinya.
  • Sistem Demokrasi Kepartian jelas menolak Islam dan menuduh bahwa Islam lemah serta tidak mempunyai maslahat, sedangkanSistem Syura tidak demikian.

Thursday, 1 February 2018

ISU BALING KERUSI DALAM MESYUARAT

AKHBAR SINAR HARIAN-31 OGOS 2014

POKOK SENA - Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Pokok Sena dicemari insiden baling kerusi ketika perwakilan memulakan persidangan.
Kekecohan tercetus selepas perasminya, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal meninggalkan majlis perasmian di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Hutan Kampung.
Ketika perwakilan ingin meneruskan persidangan, mereka dikejutkan dengan sekumpulan perwakilan bahagian itu membuat bising dan bertekak, tanpa diduga membaling kerusi berdekatan.
Insiden itu kemudian dileraikan perwakilan dan anggota Rela yang hadir dan keadaan menjadi kecoh seketika sebelum kumpulan berkenaan keluar dewan.
Bagaimanapun, persidangan diteruskan selepas keadaan kembali terkawal.
Setiausaha Kerja Umno Kedah, Haris Che Mat berkata, Umno Bahagian Pokok Sena akan membuat laporan terperinci berhubung insiden kekecohan itu yang berlaku sewaktu mesyuarat perwakilan untuk diserahkan kepada Umno Pusat dan negeri.
“Berdasarkan siasatan awal kami dapati kekecohan ini sengaja dicetuskan pihak tertentu, yang mahu melihat mesyuarat itu ditangguhkan namun tindakan itu tidak berhasil apabila mesyuarat diteruskan selepas keadaan kembali aman,” katanya.
Menurutnya, kesemua perwakilan yang hadir sepakat mahu mesyuarat diteruskan walaupun pihak terbabit mencetuskan provokasi serta mengajak perwakilan lain meninggalkan mesyuarat.
“Laporan mengenai kejadian ini akan diserahkan dalam tempoh terdekat dan kita akan tunggu tindakan selanjutnya,” katanya.
Haris yang juga Naib Ketua Umno Bahagian Pokok Sena berkata, beliau amat kecewa dengan kejadian itu dan menyifatkan tindakan provokasi yang dibuat segelintir pihak tidak mencerminkan kemahuan ahli-ahli Umno bahagian itu.
“Kekecohan itu hanya dibuat segelintir pihak dan majoriti perwakilan tidak mempunyai masalah dengan cara pemilihan calon G7 yang dibuat hari ini. Saya ingin nasihatkan perwakilan jangan buat sesuatu yang boleh memudaratkan parti, seeloknya dibincangkan secara berhemah,” katanya.
Insiden itu merupakan kejadian kali pertama yang berlaku ketika Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Pokok Sena.
Umno Bahagian Pokok Sena diterajui kepimpinan baharu bagi penggal 2013-2016, apabila Said Ali Said Rastan yang juga bekas Timbalan Ketua Bahagian mengetepikan Datuk Ahmad Lebai Sudin yang juga Adun Bukit Lada, bagi jawatan Ketua Bahagian.
Manakala Datuk Ariffin Man merupakan Timbalan Ketua Bahagian.

Pada Februari lalu, Sinar Harian pernah melaporkan kemelut yang melanda Umno bahagian itu, yang berpecah kepada dua puak, iaitu mereka yang menyokong kepimpinan lama dan sebahagian pula menyokong kepimpinan baharu yang menang pada pemilihan lepas.

PENGENDALIAN MESYUARAT YANG BERKESAN

  • Mewujudkan suasana yang boleh merangsang perbincangan.
  • Ahli-ahli diberi peluang sama rata untuk perbincangan.
  • Agenda dibincangkan satu persatu.
  • Had waktu perbincangan bagi setiap isu/masalah ditentukan mengikut keutamaan.
  • Setiap pandangan dan keputusan dirumuskan dari masa ke semasa.


Wednesday, 31 January 2018

CIRI-CIRI MESYUARAT YANG BERKUALITI.

  • PENDEK(2-3JAM).
  • MEMBERIKAN BANYAK MAKLUMAT.
  • KEPUTUSAN DIBUAT DENGAN PERSETUJUAN UNDIAN YANG BANYAK.
  • KEPUTUSAN DIBUAT DENGAN TEGAS.
  • SETIAP KEPUTUSAN DIAMBIL TINDAKAN SEGERA.




Monday, 29 January 2018

TATASUSILA BERMESYUARAT

  • JANGAN LEWAT TIBA 
  • ELAKKAN GANGGUAN TELEFON KECUALI PERKARA PENTING 
  • TIDAK MENINGGALKAN BILIK MESYUARAT TANPA KEBENARAN 
  • ELAKKAN CARA DUDUK YANG TIDAK BERSOPAN DAN MENUNJUKKAN KURANG MINAT 
  • MENDENGAR DENGAN AKTIF DAN MEMBERI PERHATIAN 
  • MEMBERI SUMBANGAN IDEA 
  • MENCARI PERKARA-PERKARA IDEA 
  • JADILAH AHLI MESYUARAT YANG AKTIF

Sunday, 28 January 2018

DALIL MESYUARAT

AS-SYURA.

AL-SYURA MERUPAKAN PRINSIP PENGURUSAN YANG KEDUA .KEPENTINGAN NYA TITEGASKAN DENGAN NYATA DI DALAM AL-QURAN DAPAT DIKUKUKHKAN OLEH SUNNAH RASULLAH SAW SERTA AMALAN PARA SAHABAT.IA JUGA MERUPAKAN UNSUR YANG DIANGGAP PENTING DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN.FIRMAN ALLAH SWT DALAM SURAH ALI-`IMRAN,AYAT159;



Saturday, 27 January 2018

PANDANGAN MESYUARAT DALAM HUBUNGAN DENGAN PENGURUSAN


  • Amalan mesyuarat menjadikan keputusan yang dibuat menjadi lebih baik berdasarkan logik akal , keputusan yang dibuat mengikut pandangan ramai lebih baik daripada pandangan seorang.
  • Mesyuarat akan memantapkan keputusan yang dibuat hasil daripada perbincangan yang lebih matang dan mendalam.
  • Mesyuarat juga akan dapat mengelakkan kekeliruan dan ketidak fahaman kerana ia dibincangkan dengan teliti dan melibatkan jumlah ahli majlis yang ramai.
  • Melalui mesyuarat , kesalahan yang besar dapat dielakkan kerana keputusan yang dibuat telah diputuskan secara ramai.
  • Mesyuarat akan meningkatkan komitmen pekerja kerana keputusan tersebut dibuat secara bersama.Dengan ini , mereka akan merasakan keputusan yang dibuat itu adalah keputusan bersama dan bukan keputusan individu sahaja.

Friday, 26 January 2018

KESIMPULAN PENGURUSAN MESYUARAT

Secara kesimpulannya,dapat dijelaskan bahawa mesyuarat dapat ditafsirkan sebagai perjumpaan ramai untuk berbincang dan mencapai sesuatu keputusan.Dalam melaksanakan sesuatu tugas yang diberi,idea yang bernas akan diperolehi daripada perbincangan dalam mesyuarat bersebut.Mesyuarat juga suatu bentuk komunikasi dua hala antara individu dalam situasi formal bagi membincangkan dan menyelesaikan masalah yang berbangkit.


Thursday, 25 January 2018

SUMBER RUJUKAN


  • https://support.office.com/ms-my/article/pandangan-mesyuarat-lync-883f3a3d-0d76-484f-867b-b796679b71b3
  • https://sites.google.com/site/bidayahinsan/journal-blog/mesyuaratadalahsunnahnabidanperintahallah
  • https://quran.com/3/159
  • http://www.sinarharian.com.my/politik/baling-kerusi-dalam-mesyuarat-1.312555
  • https://www.slideshare.net/fyeda/mengendalikan-mesyuarat-44342280